Rabu, 26 Februari 2014

41 Derajat Wanita Sholehah

1.   Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”
2.    Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memelihara auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
3.      Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
4.       Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
5.       Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1000 lelaki jahat.
6.       Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkati rezekinya.
7.   Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di  Baitullah.
8.       Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa  keberkatan.
9.  Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.
10.   Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah Syurga.
12.   Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.
13.   Surga itu dibawah telapak kaki ibu.
14.   Apabila kedua ibu dan bapamu memanggil, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
15.  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-  pintu Syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
17.  Perempuan apabila solat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Syurga mana saja yang dia kehendaki.
18. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
19.   Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20.   Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap  wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah  “Ibunya”.
21.  Setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam Syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).
22.   Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih  sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
23.   Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memicit  suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.
24.   Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki Syurga.
25.   Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
26.   Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga  adab rumah tangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi  ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga dan      menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27.   Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat  untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan  darinya 1000 kejahatan.
28.   2 rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak    hamil.
29.   Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
30.   Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.
31.   Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
32.   Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada  satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
33.   Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan  ibunya melahirkannya.
34.  Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35.  Apabila telah lahir anak lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
36.   Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa Syurga wajib baginya.
37.   Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala  satu tahun solat dan puasa.
38.   Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya akan dapat satu pahala  daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
39. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
40.   Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia menghiburkan hatianaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam Syurga.

Minggu, 16 Februari 2014

BERSABARLAH, HATI!

Tak pernah terpikirkan sebelumnya, saat-saat seperti ini akhirnya datang juga. Ketika diri sendiri merasa terlalu sepi untuk lari dari sunyi, namun terlalu enggan mencari yang mampu mendampingi. Seakan cinta di dalam dada terlampau berharga untuk diberikan begitu saja. Seakan kosong di dalam hati terlalu kecil untuk bisa kututupi sendiri—padahal tidak. Semua bagai berpura-pura, namun bukan begitu sebenarnya. Aku hanya takut terluka, sebab segala cinta yang kukenal, belum ada yang berakhir bahagia.
Semiris itukah cinta yang menghampiri hati? Atau aku yang telah tak berhati-hati menaruh hati?
Jika mencintai berarti memberi hati seutuhnya, aku tidak ingin mempertaruhkannya pada yang mahir meretakkan. Karena tidak pernah ada yang tahu telah sejauh apa aku memunguti serpihan itu satu-satu, mengumpulkannya, lalu menyatukannya lagi hingga sempurna, hingga tak ada luka. Setelah sembuh, lalu semudah itu seorang baru merobohkan hatiku hingga lagi-lagi runtuh?
Aku tahu, tak baik terus begini. Bagaimana bahagia bisa mendatangi, jika membuka hati saja aku tak berani? Dengan alasan apapun, yang punya awal pasti kelak berakhir. Meski sudah melangkah paling hati-hati, kuyakin ada saatnya hati akan sakit kemudian sembuh sendiri. Namun aku lelah terus menerus terjebak pada repitisi yang sama. Seseorang datang, mendekat, bersama, sakit, lalu berujung aku, atau dia yang luka.
Jika boleh memilih, aku ingin menggunting peta takdir. Agar tak perlu melalui banyak hati, dan langsung sampai di pelabuhan terakhir. Tapi inilah perjalanan. Kaki bertugas melintasi dan hati mempelajari apapun yang semesta beri. Sejuta tempat singgah, berkelana hingga berdiam di titik lelah, masing-masing dari kita pasti akan menemukan seseorang yang bisa disebut rumah.
Bukan soal akhir, bukan soal awal, bukan bagaimana memulainya dan bukan bagaimana caramu mengakhiri. Tapi ini tentang menjalani, bertahan dan mendewasa dalam setiap pilihan.
Di dasar hatiku pernah terletak beberapa nama. Di sela-sela tiap mula ada ketakutan yang sama, tentang hubungan yang berujung tanpa bersama. Tapi ini mungkin hanya soal bertoleransi dengan waktu. Jika cinta sudah mendatangi, sekeras apapun kamu menolak, ia pasti akan menang telak.
Jika ini hanya perihal waktu, aku tahu aku pintar menunggu. Namun barangkali, ini lebih dari itu. Sebab katanya, Tuhan hanya memberi sesuatu jika kita telah betul-betul siap memilikinya. Mungkin saja ada yang memang belum betul-betul siap—mungkin saja aku, mungkin saja kamu, mungkin saja entah. Meyakini hal-hal semu memang tak mudah, tapi lebih baik daripada menjatuhkan diri pada kesedihan yang salah.

Bersabarlah, hati. Yakinilah, di lain hari, kita akan lebih bahagia daripada ini.