1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah
akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia”
2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah
Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang
memelihara auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 70 orang lelaki yang soleh.
4.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali.
5.
Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada
1000 lelaki jahat.
6.
Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan
Bismillah, Allah akan berkati rezekinya.
7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
8.
Wanita yang memerah susu binatang dengan
Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
9. Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut
akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.
10.
Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail.
11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu
dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah Syurga.
12.
Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.
13.
Surga itu dibawah telapak kaki ibu.
14.
Apabila kedua ibu dan bapamu memanggil, maka
jawablah panggilan ibumu dahulu.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya,
akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu- pintu Syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan
di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat
dan puasanya.
17. Perempuan apabila solat 5 waktu, puasa Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu
Syurga mana saja yang dia kehendaki.
18. Wanita yang melayani dengan baik suami yang
pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
19.
Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.
20.
Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada
Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,
“Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.
21. Setiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam Syurga terlebih dahulu
daripada suaminya (10000 tahun).
22.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah
dengan penuh rahmat.
23.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memicit suami bila disuruh akan
mendapatkan pahala 7 tola perak.
24.
Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki Syurga.
25.
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah
akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
26.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk
Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27.
Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000
kejahatan.
28.
2 rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik
daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
29.
Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa
pada siang hari.
30.
Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa
pada malam hari.
31.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah SWT.
32.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70
tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.
33.
Apabila seorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Apabila telah lahir anak lalu disusuinya, maka
bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
36.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu
(2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa
Syurga wajib baginya.
37.
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38.
Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
39. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
40.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia menghiburkan hatianaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam Syurga.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar